dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Keunikkan Suku Himba Lumur Tanah Liat Di Rambut

Anda mungkin akan merasa hairan apabila melihat rambut para wanita suku Himba di Namibia. Rambut dreadlocks (gimbal) yang dimiliki para wanita itu tak seperti biasanya.

Setiap ayaman rambut terbahagi dengan jelas. Dari bahagian pangkal hingga hampir hujung ayaman itu seperti dibungkus tanah liat warna merah. Bahagian bawahnya barulah terlihat rambut gimbal warna hitam.

Jurugambar Eric Lafforgue memotret kehidupan suku Himba. Ada pelbagai macam yang dipakai oleh wanita suku Himba untuk membentuk rambut gimbal yang unik itu, mulai dari straw hingga rambut orang India yang dijual di bandar.

Untuk mempertahankan gaya rambut seperti ini, wanita Himba menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari.

Selain itu, agar model rambutnya tidak rosak, wanita Himba tidur di bantal kayu. Rambut mereka disalut dengan campuran tanah warna merah dan lemak yang disebut sebagai otjize. Otjize berfungsi sebagai sunscreen rambut dan pengusir serangga.

"Warna merah dinilai sebagai simbol kecantikan dan wanita Himba membuat seluruh tubuhnya berwarna merah, bukan hanya rambutnya. Walaupun baju dan perhiasannya juga dipalit dengan campuran merah itu, "jelas Lafforgue.

Wanita Himba mengenakan kalung besar yang terbuat dari tempurung putih. Kalung itu disebut ohumba yang diwarisi dari ibu ke anak. Berat kalung tersebut dapat mencapai beberapa kilogram. Biji omangetti juga digunakan sebagai hiasan penghias kerana wanita Himba suka dengan bunyi yang dihasilkan semasa mereka berjalan.

Berbeza dengan rambut wanita Himba yang memerlukan ketelitian untuk mengurusnya , para lelaki Himba hanya mempunyai gaya rambut gimbal yang sederhana menyerupai tanduk kambing. Ketika seorang lelaki Himba berkahwin , lelaki itu akan menutup kepalanya dengan turban .






0 Komentar untuk "Keunikkan Suku Himba Lumur Tanah Liat Di Rambut"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info