dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kanak-Kanak Special 6 Tahun Yang Dihina Di Internet

Adalia Rose Williams, agdis kecil berusia 6 tahun yang sentiasa gembira, senang menyanyi dan menari. Fizikalnya memang jauh berbeza dari kanak-kanak berusia 6 tahun sepertinya. Adalia mengidap kelainan genetik bernama Sindrom Hutchinson-Gliford Progeria, atau biasa disebut dengan sindrom progeria.

Sindrom ini menyebabkan pertumbuhan Adalia menjadi lebih cepat, walaupun usianya masih 6 tahun tapi keadaan organ tubuhnya dengan cepat merosot. Kepalanya yang botak, dagu dan hidungnya yang pendek merupakan ciri-ciri yang biasa ditemui pada pesakit sindrom ini. Biasanya pesakit sindrom jarang ini tidak akan bertahan hidup lebih dari usia 13 tahun.

Sayangnya dengan keadaan fizikalnya seperti itu, Adalia justru menjadi bahan cemuhan di internet. Si ibu, Natalia yang membuat sebuah page Facebook untuk anaknya, mengamuk ketika pernah muncul gossip bahawa anaknya tersebut meninggal dunia. Dalam page Facebook Adalia ada banyak  video Adalia yang sedang menyanyi dan menari, bahkan ada catatan perkembangan Adalia.

Namun tak semua orang simpati pada keadaan Adalia, ada pula yang mengejeknya dengan menyatakan bahawa Adalia seharusnya di gugurkan ketika masih dalam kandungan, bahkan ada yang menyamakan kepala lebam Adalia dengan bentuk kemaluan lelaki.


0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Special 6 Tahun Yang Dihina Di Internet"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info