dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Gadis Cantik Ini Jadi Lumpuh Kerana Sebatang Rokok

Gadis dari Texas menderita stroke beberapa saat setelah merokok ganja sintetik. Diberitakan, dia mengalami kerosakan otak, buta, dan lumpuh.

Gadis berusia 17 tahun, Emily Bauer dari Cypress, Texas, membeli ganja palsu di sebuah stesen minyak tempatan dengan rakan-rakan. Hanya 15 minit selepas merokok, Emily berkata merasakan migrain dan ingin baring. Kemudian dia menderita serangkaian gejala stroke yang akhirnya mencetuskan ke dalam keadaan psikotik. Dia akhirnya mengalami halusinasi ganas, berlari ke dinding dan melakukan hal-hal di luar kawalan. Selama 24 jam kemudian, Emily masih mengalami halusinasi dan cuba untuk mencederakan dirinya sendiri, demikian yang dilaporkan oleh Foxnews.

Doktor memutuskan untuk meletakkan Emily yang sudah dalam keadaan koma untuk dilakukan pemeriksaan dan menjalankan ujian pada otaknya. Mereka mendapati kejang adalah hasil dari vaskulitis parah, iaitu suatu keradangan pada saluran darah yang akhirnya menyekat aliran darah dan oksigen ke otak. Seiring waktu, tekanan pada otak Emily menjadi begitu hebat, sehingga para doktor perlu menggerudi lubang di tengkorak untuk memberikan bantuan. Doktor mengatakan kepada keluarganya, lebih dari 70 peratus daripada otaknya mati dan dia tidak akan mengenali keluarganya atau boleh menggunakan lengan dan kakinya lagi.

Saat keluarga yang putus asa memutuskan akan melepas tabung nafasnya, Emily mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, bahkan mengatakan menyayangi ibunya. Walaupun Emily masih lumpuh dan sangat keliru, terkini dia mula boleh menggunakan kembali tangan dan kakinya juga mula boleh mengambilan makanan pepejal. Agar kejadian sama tidak menimpa keluarga lain, keluarga Emily membuat organisasi non-profit yang memberikan pengetahuan tentang bahaya penggunaan ganja sintetik.







0 Komentar untuk "Gadis Cantik Ini Jadi Lumpuh Kerana Sebatang Rokok "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info