dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Di Jepun Ada Tempat Yang Di Haramkan Adanya Kematian

Mungkin anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa sebenarnya ada sebuah tempat di planet ini ketika kematian dianggap haram. Bahkan seolah-olah ini merupakan suatu perkara yang sangat tidak logik kerana sesuatu yang semula jadi dan tak dapat dielakkan, iaitu kematian menjadi larangan yang sangat serius.

Menurut kepercayaan Shinto, pulau Itsukushima adalah tempat paling suci dimana pemeliharaan kesucian menjadi perhatian sepenuhnya para penganut Shinto. Maka dalam usaha untuk menjaga kesucian pulau tersebut, para pemimpin keagamaan telah bekerja cukup keras untuk memastikan bahawa tidak boleh ada noda berupa kematian yang berlaku di pulau Itsukushima.

Tercatat bahawa sejak tahun 1878, di pulau ini tidak ada kematian atau kelahiran yang terjadi. Bahkan jika ada wanita hamil mendekati tarikh kelahiran, serta orang tua atau orang yang sedang sakit teruk, maka mereka tidak dibenarkan untuk berada disana.

Pertempuran-satunya yang pernah terjadi di Itsukushima adalah Pertempuran Miyajima pada tahun 1555. Setelah memenangi pertempuran, dengan segera komander batalion memerintahkan mayat-mayat yang bergelimpangan untuk dipindahkan dari tanah besar.

Akhirnya seluruh pulau itu dibersihkan dari lumuran darah yang tumpah. Itulah terakhir kalinya ketika banyak kematian berlaku. Namun untuk masa ini jangan harap ada kematian lagi di Itsukushima.


0 Komentar untuk "Di Jepun Ada Tempat Yang Di Haramkan Adanya Kematian "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info