dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Datuk Buat Pembedahan Tukar Kelamin Di Usia 84 Tahun


Qian Jinfan. Datuk berusia 84 tahun asal Foshan, China ini tiba-tiba gemar mengenakan baju wanita. Keluarganya terkejut kerana payudaranya juga perlahan membesar. Keluarga si datuk ini terkejut apabila Qian berkeras mahu melakukan pembedahan kelamin.

Qian yang juga merupakan seorang ahli kaligafi, pengkritik seni dan pesara pegawai negeri ini sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Hingga beberapa tahun lalu, semuanya berjalan normal. Namun kemudian keluarganya merasa tidak selesa oleh kelakuan si datuk. Ia menukar nama menjadi Yiling, nama yang sejak lama dia idam-idamkan saat dia mengimpikan menjadi seorang perempuan.

"Saya fikir menyenangkan menjadi seorang gadis," ujarnya. "Itu terjadi ketika usia saya 14 tahun. Saya menikmati saat berjalan, pinggul boleh bergoyang."

Ia bercerita saat sedang bersendirian, ia kerapkali berkelakuan sebagai seorang wanita. Misalnya, menimbulkan feminin di depan cermin. "Seperti apa saya sekarang, itulah saya yang sebenarnya," katanya, yang kini memanjangkan rambut dan suka mengenakan pakaian ketat. "Selama 80 tahun, saya tertutup oleh kepalsuan." Dan kini media China menobatkan beliau sebagai transgender tertua di China.

Ia mengaku kerap berjalan dengan isterinya'' sebagai seorang sahabat''. Bahkan isteri pula yang mendandaninya mengenakan pakaian wanita.

Beliau mengaku pernah cuba untuk "menjadi wanita" pada tahun 1960, tetapi gagal.
0 Komentar untuk "Datuk Buat Pembedahan Tukar Kelamin Di Usia 84 Tahun"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info