dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Wanita Ini Nekad Mahu Gugurkan Kandungannya Untuk Jadi Terkenal


Faktanya kini, masih ramai wanita di dunia ini yang tidak bahagia ketika mengetahui dirinya hamil. Salah satunya dirasakan oleh wanita Josie Cunningham yang bersumpah akan menggugurkan janinnya yang sudah berusia 4 bulan, demi meraih kerjaya yang cemerlang.

Josie kini yang kini telah berusia 24 tahun, baru saja melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk penampilan dalam acara reality show Big Brother. Kehidupan Josie dengan dunia malam dan pelacuran menyebabkan dirinya kini hamil 4 bulan. Dengan sangat percaya diri, baru-baru ini Josie mengumumkan kepada media bahawa dirinya merancang untuk menggugurkan janinnya agar peluangnya untuk tampil di Big Brother tidak lenyap.

Apa ini sebuah keseronokan? Entahlah, dirinya bahkan yakin dengan keputusannya yang akan menggugurkan janin dan mengumumkannya pada media maka namanya akan melonjak. Dari kerjaya yang diimpikannya tersebut, Josie berharap dapat membeli kereta mewah serta rumah yang besar untuk tempat tinggalnya.

Beberapa waktu mendatang, Josie juga mengumumkan akan melakukan pembedahan lagi guna untuk mencantikkan penampilan yang diperolehinya secara percuma dari pelbagai penaja. Rupanya hal inilah yang membuat keyakinan Josie semakin kuat untuk menggugurkan kandungannya. Lantaran Josie juga tak mengetahui persis siapa ayah dari janin yang dikandungnya, parahnya wanita ini tidak merasa beban sedikitpun untuk melakukan pengguguran.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Nekad Mahu Gugurkan Kandungannya Untuk Jadi Terkenal"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info