dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Pemuda Iran Terlepas Dari Hukuman Gantung Di Saat-Saat Akhir Perlaksanaan

Seorang banduan kes pembunuhan di Iran terlepas dari hukuman gantung pada saat-saat terakhir menjelang pelaksanaan hukuman gantung selepas ibu mangsa memaafkannya.

Balal dijatuhi hukuman mati selepas ia terbukti bersalah membunuh seorang pemuda bernama Abdollah dalam satu pergaduhan tujuh tahun lalu. Balal dan mangsa yang sama-sama berusia 17 tahun ketika itu.

Hukuman di Iran mewajibkan banduan mendapat kemaafan dari keluarga mangsa jika hukuman mati ingin dibatalkan. Sehingga jadual pelaksanaan hukuman mati tiba pada Selasa (15/4/2014). Balal berteriak meminta diselamatkan ketika tali sudah dikalungkan di lehernya.

Tiba-tiba, ibu mangsa mendekatinya dan menampar pipinya kemudian, wanita separuh umur itu mengatakan bahawa ia memaafkan perbuatan Balal terhadap anaknya.



0 Komentar untuk "Pemuda Iran Terlepas Dari Hukuman Gantung Di Saat-Saat Akhir Perlaksanaan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info