dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Memiliki Ekor Pada Tubuh Budak Ini Di Agungkan Seperti Dewa


Kelainan fizikal umumnya dilihat sebagai kekurangan pada tubuh manusia. Namun, kelainan fizikal yang dialami seorang kanak-kanak lelaki 6 tahun di India ini dianggap sebagai suatu berkah oleh keluarganya. Ini kerana, Amar Singh dianggap mempunyai hubungan dengan salah satu dewa di agama Hindu, Hanoman, kerana mempunyai ekor di bahagian belakang tubuhnya.

Amar mempunyai ekor sepanjang 24 cm yang berupa rambut panjang tumbuh di belakang bahagian bawah tubuhnya. Menurut keluarganya, Amar sudah mempunyai rambut di belakangnya sejak dia lahir. Rambut itu terus tumbuh panjang hingga di jalin dan kelihatan seperti ekor.

Ekor yang tumbuh pada kanak-kanak ini dianggap berkaitan dengan salah satu Dewa di agama Hindu yaitu kera, Hanoman. Kerana itu penduduk di Uttar Pardesh, Utara India, tempat Amar tinggal mengagungkannya layaknya Dewa.


Sebenarnya mudah saja untuk memotong ekor yang dimiliki Amar. Namun, keluarganya menolak melakukannya kerana 'ekor' yang dimiliki Amar dianggap sebagai sebuah Anugerah dari Tuhan.

Anak bongsu daripada empat bersaudara ini juga suka bermain dengan lembu yang ada di sini. Para penduduk juga menganggap Amar mempunyai persamaan dengan lembu, yang dianggap suci dalam agama Hindu.

Sebenarnya apa yang dialami Amar merupakan suatu kelainan yang ada sejak lahir yang disebut Meningocele. Kelainan ini terjadi kerana tulang belakangnya yang tidak menutup sepenuhnya saat dalam kandungan.Miningocele boleh berlaku pada 1 daripada 2,500 kank-kanak.
0 Komentar untuk "Memiliki Ekor Pada Tubuh Budak Ini Di Agungkan Seperti Dewa"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info