dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kulit Wanita Cantik Ini Cair Kesan Dari Alergi Ubat


Sungguh menyedihkan, gadis dari Norwich ini, kerana salah makan ubat dia terpaksa merasakan sakit yang luar biasa. Wajah gadis yang masih berumur 17 tahun ini meleleh dan mengeluarkan nanah. Kejadian yang jarang berlaku ini bermula ketika gadis bernama Leanne Howes merasa tidak sedap badan dan membeli ubat tablet di sebuah kedai ubat. Setelah memakan ubat tersebut bukan semakin sembuh, malah esoknya dia merasa mual-mual dan susah untuk bernafas.

Melihat keadaan Howes yang semakin parah, beliau terpaksa dikejarkan ke hospital. Sesampainya di hospital doktor terus menyapu ubat pada wajahnya, kejadian buruk berlaku di sini. Ketika itulah wajah Howes mulai meleleh, dan dalam masa beberapa hari banyak kulit di wajahnya yang meleleh. Dia tidak menyangka bahawa ubat yang dibelinya di kedai tersebut membuatnya seperti ini.

Menurut pihak doktor wajah Howes jadi begitu kerana adanya reaksi alergi yang melampau dari ubat. Kerana kejadian ini Howes terpaksa berada di hospital dalam waktu yang lama. Howes merasa putus asa kerana dia tidak boleh bergerak kerana kulitnya meleleh dan nanah yang keluar membuat matanya tertutup.





0 Komentar untuk "Kulit Wanita Cantik Ini Cair Kesan Dari Alergi Ubat "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info