dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Lihat Proses Yang Menjijikkan Kotoran Longkang Di Jadikan Minyak Masak

Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini.

Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula.

Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.

Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis.

Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai.

Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah.











0 Komentar untuk "Jom Lihat Proses Yang Menjijikkan Kotoran Longkang Di Jadikan Minyak Masak"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info