berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Loading...

Wednesday, 26 March 2014

Pensil Ajaib Ini Boleh Ditanam Dan Menghasilkan Tumbuhan

No comments :

Kebelakangan ini semakin banyak isu mengenai Global Warming. Bumi semakin tua dan banyak projek yang mencuri hasil bumi hijau di seluruh dunia. Oleh kerana itu, banyak pihak terutama dari kalangan pencinta alam sekitar yang cuba mengatasi perkara ini. Namun, percaya atau tidak jika semua itu boleh ditangani dengan hanya sebatang pensil?

Dipetik dari Avaxnews, ada sebuah penemuan kecil namun cukup kreatif untuk membantu menghijaukan dan menyegarkan kembali bumi ini. Sekurang-kurangnya, di lingkungan tempat tinggal kita.

Penemuan bernama Sprout A Pencil That Grows. Sebuah konsep sederhana namun sangat bijak dan bermanfaat. Dengan menanam pensil ini, anda boleh menghasilkan tanaman. pensil unik ini  dilengkapi dengan sebuah kapsul di pangkalnya. Dengan menanam pensil tersebut, anda boleh mengaktifkan kapsul benih di dalamnya.

Setelah kita menanam dan menjaga batang pensil ini, maka anda akan melihat perlahan-lahan ada tanamana kecil yang muncul ke permukaan. Masa yang anda perlukan untuk melihat keunikan ini hanya satu minggu sahaja, dan tanaman seperti basil atau parsley akan tumbuh di pot mini anda.


No comments :

Loading...
Jangan Lupa Like ya
×