dairishare

berita,info,sejarah,pelik,sream,unik,gambar,lawak,hiburan

Gambar-Gambar Kekejaman Tentera Nazi (bahagian 1)

Nazi adalah merupakan sebuah kombinasi dari pelbagai ideologi dan kumpulan yang mempunyai persamaan pendapat tentang penentangan Perjanjian Versailes dan kebencian terhadap Yahudi dan Komunis yang dipercayai berada di sebalik perjanjian tersebut.
Tentera Nazi melakukan pembunuhan besar-besaran di setiap wilayah yang mereka duduki di Eropah Timur. Terutama sekali, mereka melakukan tindakan tanpa kenal belas kasihan terhadap bangsa Yahudi, Gipsi, Poland, dan Slavia, kumpulan yang mereka anggap lebih rendah daripada mereka.

Pasukan SS Nazi yang dibentuk terutama untuk mengadakan pembunuhan ini mula membunuh semua kumpulan sasaran mereka, terutama bangsa Yahudi. Semua wilayah yang sudah diduduki dipenuhi mayat dan orang-orang selamat yang meratapi mereka. Para pendeta dan tempat-tempat ibadat merupakan sasaran yang paling disukai oleh Nazi. Mereka membakar dan menghancurkan semua gereja dan membunuh para agamawan.

Kekejaman Nazi benar-benar kelihatan di pusat-pusat tawanan mereka. Bangsa Yahudi, Gipsi, tahanan perang, dan pendeta Katolik dipaksa bekerja keras seperti hamba.Berjuta-juta lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang tak bersalah dibantai secara kejam dengan cara yang direka untuk membunuh manusia secara besar-besaran. ketika berek tersebut dibebaskan, Sekutu disambut oleh puluhan ribu mayat yang diletakkan berdampingan dengan tahanan yang menunggu di pintu kematian. Di dalam berek tawanan Nazi, sejumlah 11 juta orang tidak bersalah kehilangan nyawa mereka.











0 Komentar untuk "Gambar-Gambar Kekejaman Tentera Nazi (bahagian 1)"

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info