berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Loading...

Friday, 19 July 2013

Majalah Rolling Stone Di Baikot Kerana Papar Muka Penjenayah

No comments :
Boston - Penduduk di Massachusetts, kecewa dengan muka depan majalah Rolling Stone yang memaparkan wajah pengebom acara Marathon Boston, Dzhokhar Tsarnaev, lapor portal hiburan TMZ.com.

Bagaimanapun, editor majalah itu mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu ia bertujuan untuk menyedarkan orang ramai dan belajar daripada tragedi yang menggegarkan bandar mereka.

"Kami bersimpati dengan mangsa-mangsa kejadian pengeboman Boston. Tetapi muka depan majalah keluaran minggu ini adalah hasil tradisi kewartawanan dan komitmen yang selama ini diberikan oleh Rolling Stone dalam membuat liputan yang serius dan bijak," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, fakta usia Dzhokhar Tsarnaev yang berada dalam lingkungan yang sama dengan kebanyakan pembacanya, secara tidak langsung menjadikan ia sesuatu yang penting bagi masyarakat di Boston untuk mengkaji kerumitan isu tersebut. Selain mendapat pemahaman yang lebih lengkap tentang bagaimana tragedi seperti itu boleh berlaku.

Dalam pada itu, TMZ.com turut melaporkan, farmasi CVS dan pasar raya Boston, Roche Bros telah memboikot majalah tersebut kerana muka depan yang dianggap kontroversi dan tidak menghormati mangsa-mangsa pengeboman maraton pada April lalu. - Agensi.

http://www.kosmo.com.my

No comments :

Loading...
Jangan Lupa Like ya
×